Bagaimana Menjenamakan Diri Sendiri (Personal Branding)?

Bagaimana mahu buat personal branding jika kita mempunyai 2-3 bisnes yang berbeza?

Personal branding (penjenamaan diri) itu berbeza dengan branding syarikat dan branding produk atau servis (ini branding benda).

Personal branding itu tidak boleh dihadkan dengan barang atau bisnes. Manusia itu tetap manusia. Maka personal branding mestilah berkaitan manusia. Personaliti orang itu. Manusia dan personalitinya itu lebih luas daripada benda.

personal branding gaya nabi

Kita mesti ada ’penanda aras’ atau rujukan jika mahu buat sesuatu. Begitu juga jika mahu buat personal branding. Mesti ada rujukan. Rujukan terbaik untuk buat personal branding adalah Nabi (selawat).

Apakah personal branding Nabi Muhammad (selawat)? Rujuk kepada personaliti (tingkahlaku) baginda. Apakah personaliti Nabi Muhammad (selawat)? Berikut adalah hadith-nya:

=======================================
Hadith ini dilaporkan oleh Aisyah. Rasulullah (selawat) pulang dari gua Hira’ setelah bertemu Malaikat Jibril dalam keadaan takut dan bimbang dengan membawa ayat wahyu.

Beliau menemui Khadijah lalu berkata, “Selimuti daku, selimuti daku!” Beliau pun diselimuti hingga hilang ketakutannya. Kemudian beliau menceritakan peristiwa itu kepada Khadijah, “Saya benar-benar bimbangkan diri saya.”

*
Khadijah berkata, “Janganlah begitu, bergembiralah! Demi Allah, Allah tidak akan mengkhianatimu, selama-lamanya. Demi Allah! Sesungguhnya, dikau menyambung tali persaudaraan, bercakap benar, memikul beban orang lain, suka mengusahakan sesuatu yang tidak ada, meraikan tetamu dan sentiasa membela kebenaran.”

Khadijah beredar seketika dan kembali semula menemui baginda dengan membawa bersama Waraqah bin Naufal bin Asad bin Abdul Uzza, seorang sepupu Khadijah.”
-Sahih Bukhari
=======================================

Personaliti Nabi (baca selawat) dari hadith di atas :

1. Menyambung Tali Persaudaraan
+ Bakat Sosial. Networking. Bersilaturrahim

2. Bercakap Benar
+Integriti. Al Amin. Dipercayai

3. Memikul Beban Orang Lain
+ Altruisme. Mendahului orang lain

4. Mengusahakan Yang Tidak Ada
+ Kreativiti dan inovasi

5. Meraikan Tetamu
+ Bakat Diplomasi. Diplomasi itu seni berunding dengan orang.

6. Membela Kebenaran
+ Righteouness/Membela orang yang berbuat kebenaran

*
Personal branding berdasarkan ciri-ciri ini akan bertahan lama berbanding personal branding berdasarkan material atau bisnes.

Nabi (selawat) membuat beberapa bisnes namun pelanggannya membeli kerana personal branding baginda yang terkenal iaitu Al-Amin (salah satu personaliti baginda).

Selepas personal branding ini selesai, tentukan pula ‘forte’ kita. Selepas mengenali diri kita, orang mahu tahu apa yang kita tahu dan mahir. Forte itu perkara yang kita dapat buat dengan cemerlang tahap mahir. ‘Forte’ itu datang selepas kita bergelumang dan tahu selok-belok dan kita boleh dijadikan rujukan dalam bidang itu. Kita boleh jadikannya salah satu bisnes kita.

Jadikan ‘forte’ itu perkara nombor satu dalam peribadi kita. Mengapa? Personal branding berkait rapat dengan apa yang kita tahu lebih selepas kita brand-kan diri kita dengan personaliti Nabi (selawat) itu. Kita tak boleh kuasai semua perkara walaupun kita ada lebih dari satu bisnes.

Kuasai SATU perkara berkait dengan satu bisnes dan keluarkannya berkongsi dengan orang yang memerlukannya.

Jadikan yang itu pembuka pintu kepada diri kita terlebih dahulu sebelum mereka mengetahui kita berkait dengan bisnes lain.

Walaupun personaliti itu ada pengaruh genetik, ia tetap boleh dibentuk. Lebih-lebih lagi apabila jelas penanda arasnya.

 

#BrandingGayaNabi

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *