Rosmi Zamzuri

Setiap Saat Bermanfaat

Salam

Salam sejahtera & selamat datang ke laman web perkongsian Rosmi Zamzuri.

Saya cuma insan biasa yang mahu mati luar biasa bermanfaat. Lalu di usahakan menulis di sini dan juga di platform media sosial lain (klik di kaki laman web ini) supaya manfaat itu tersebar luas.

Apa yang kalian dapat dari laman web ini?

CERITA HIDUP
Dalam segmen ini dipaparkan cerita-cerita kehidupan bermanfaat yang pernah saya lalui atau dikongsikan oleh saudara-mara mahupun sahabat handai.
.

CERITA BISNES
Mengikut cerita Mak, sejak berusia 9 tahun saya teruja melihat orang berniaga. Apabila beliau mahu ke kedai saya teruja mahu ikut. Selain mahu membeli apa yang saya suka, saya teruja melihat orang menimbang barang-barang seperti gula, beras dan ikan kering menggunakan penimbang berat seperti gambar ini.

Penimbang dalam gambar ini saya mula gunakan ia sejak saya berusia 14 tahun dan mula mengikuti Guru saya berniaga di pasar pagi atau pasar malam menjual Maruku dan jeruk buah-buahan. Beliau hadiahkan kepada saya setelah saya mula berniaga Maruku timbang menggunakan penimbang. Saya simpankannya sebagai kenangan keterujaan saya mula kenal bisnes dan ia juga simbolik kepada timbangan amal ketika di alam akhirat kelak.

Malah pada usia 9 tahun juga saya pernah menjual buah rambutan di tepi jalan dengan harga RM1 seikat. Rambutan itu saya ambil dibelakang rumah milik Tuan rumah keluarga kami menyewa. Tuan rumah minta Abah menjaganya dan makan buahnya. Rambutan itu terlalu banyak hingga Abah buat pondok kecil ditepi jalan depan rumah sewa itu untuk menjual rambutan tersebut. Sayalah yang menjadi penjualnya 🙂
.

.

STRATEGI BRANDING
Rosmi Zamzuri adalah seorang Ahli Strategi Penjenamaan dan Bisnes. Berpengalaman berkhidmat di syarikat korporat antarabangsa dan tempatan selama lebih 15 tahun. Pernah mengetuai 3 syarikat baru bermula (start up) hingga ke peringkat growth dan berkembang.

Kini mengetuai syarikat Brandpose Group fokus membangunkan brand baru dan usahawan baru bermula dan sedang aktif mengembangkan jenama-jenama seperti Marmin (bisnes farmasi & kesihatan), Neutragize (bisnes air minuman) dan beberapa jenama lain di pasaran.

Rosmi pernah melatih lebih 1,000 Usahawan di seluruh negara untuk membina, melindungi dan mengkomersilkan brand baru di pasaran. Rosmi boleh dihubungi di media sosial di kaki laman web ini.

Orang yang hebat itu sentiasa selesa dalam perubahan dan tambah baik. Terbaik itu hanyalah sasaran dan persinggahan sementara.

Selautan terima kasih sudi mengunjungi laman web ini.

Rosmi Zamzuri
Branding & Business Strategist
Intrapreneur

>