Site Overlay

6 Perkara Kita Dapat Belajar dari Brand Nurraysa

Pernah berulang-alik utara selatan ambil stok Maruku Raya untuk stok agen Maruku masa jual Maruku tahun 2013-2018.

Ternampak billboard brand ini di sepanjang lebuh raya utara selatan.

Image may contain: sky and outdoor

Ada juga billboard brand lain namun perbezaan ketara yang saya perasan:

  1. Brand ini jelas ketara tawaran manfaatnya (value proposition).
  2. Tidak kabur atau berkias-kias. Kelihatan juga di billboard lain ayat yang kabur seperti “paling laris di Malaysia”, “ingat susu ini, ingat brand ini”- orang terpaksa fikir.
  3. Tawaran manfaatnya (Produk Mesra Wuduk) itu dipaparkan dengan ringkas di billboard. Mudah ditangkap dengan sekali baca sahaja (kurang dari 3 saat). Orang tak perlu fikir dah. Walaupun nama brand sedikit kecil.
  4. Bila manfaatnya jelas besar terpampang, barulah orang nampak brand-nya. Bukan brand besar gedabak. Manfaatnya kabur.
  5. Secara keseluruhannya billboard ini ‘bersih’. Tidak semak dan serabut dengan segala mak nenek gambar tak berkaitan.
  6. CTA-nya jelas sekali.

.

#memanusiakanbrand #brandcasestudy

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *