Site Overlay

Baca Ini Dahulu

USAHAWAN mesti ada mindset membaca. Sasarkan sekurang-kurangnya sebulan membaca atau ulang baca sebuah buku.

Secara peribadi saya sasarkan baca atau ulang baca minima 5 buku sebulan.

Setahun purata 100 buku. Selit satu dua buku bukan bidang dan novel sebulan.

Namun membaca sahaja tidak mencukupi. Mesti rujuk Guru.

Sesudah rujuk, buat. Sesudah buat berkongsi. Saya ibaratkannya sebagai ‘senaman fikiran’ seperti berikut:

  1. Membaca itu ibarat baru mahu ‘memakai’ pakaian ‘senaman fikiran’.
  2. Membaca dan berfikir itu cuma ‘warming up’ fikiran.
  3. Membaca, berfikir dan berguru itu baru ‘senaman’ ringan fikiran.
  4. Membaca, berfikir, berguru dan menulis itu baru bermulanya ‘senaman fikiran’.
  5. Membaca, berfikir, berguru, menulis dan melakukannya itu ‘senaman fikiran’ yang baik.
  6. Membaca, berfikir, berguru, menulis, melakukannya dan menyebarkan pengalaman itu ‘senaman fikiran’ yang paling baik.

Ibarat ahli bina badan bermain besi di gym hingga badan berketul-ketul.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Copyright © 2021 Rosmi Zamzuri. All Rights Reserved. | Intuitive by Catch Themes