Rosmi Zamzuri

Setiap Saat Bermanfaat

MINDSET LAGI

Lepas jumpa Leman hari tu senyap sunyi dan sepi. Kata nak join kelas grow bisnes (SBG) haram tak join. Hmm..

Tiba-tiba hari ni call, “Assalamualaikum Mi”. Leman terus beri salam. Tergesa-gesa dia.

“Waalaikumussalam Leman. Apa cerita? Kata hari tu nak join kelas online aku. Balik hari tu senyap terus kau.” Tanya aku.

“Itulah Mi, aku tengah pokai ni. Aku faham pasal mindset hari tu. Balik rumah hari tu aku explain kat bini aku. Baru dia faham. Cuma..” Leman terhenti di situ.

“Cuma apanya Leman?” Tanya aku.

“Cuma aku bergaduh pulak dengan bini aku pasal tu.” Leman merungut

“Uih! Apahal sampai bergaduh tu?” Tanya aku lagi.

“Itulah Mi, aku tak tahu nak explain macam mana bila bini aku cakap alang-alang buat bisnes elok buat pinjaman terus. Kita ambil staff ramai-ramai. Baru betul-betul real bisnes. Kita guna orang naikkan bisnes kita. Relaks sikit.

“Bini aku kata alang-alang buat bisnes kita masuk kuadran bisnes terus. Tak payah buat bisnes sendiri. Pinta bini aku sebahagian dari pinjaman tu kita labur dalam saham. Kita ambik sikit pergi jalan-jalan kat Pulau Jeju Korea. Pening aku beb!” Keluh Leman.

Aku menarik nafas panjang. “Kau belajar tak habis pergi cerita kat bini kau buat apa?” Balas aku geram.

“Eh! Apa yang tak kena ni Mi?” Tanya Leman terkejut dalam talian.

“Betul dah niat kau tu. Bagus dah explain kat bini kau. Tapi ada perkara yang lebih penting yang kau kena tahu.” Terang aku.

“Apa lagi ni Mi?” Tanya Leman macam terpinga-pinga dihujung talian.

“Kau kena faham bisnes ini ada fasa-fasanya. Bukan boleh main belasah jer. Ikut tertib. Bukan boleh main ambil staff ramai-ramai pasal nak relaks. Bukan boleh buat pinjaman nak perbetul bisnes. Kau kena mula dari bawah.”

“Start modal duit yang kau mampu. Buat bisnes yang cepat dapat untung. Pusing banyak kali dan guna untungnya untuk tambah baik bisnes sedikit demi sedikit. Bukan pergi berjoli. Yang kau cari penyakit nak guna duit pinjaman pergi berjoli apahal?” Tegas aku

“Alamak aku dah silap Mi. Nasib baik aku tak buat pinjaman lagi. Kalau tidak nahas aku beb!”. Leman Kesal.

“Kau nak berjoli guna duit peribadi. Bukan duit untung bisnes. Bukan duit pinjaman. Duit untung bisnes untuk bisnes. Bukan perabis semua berjoli. Ambillah sedikit untuk dividen. Fasa pertama buat bisnes untungnya banyakkan bersedia untuk fasa-fasa sererusnyanya” Terang aku lagi

“Hadoi!” Tak faham aku berfasa-fasa pulak bisnes ni. Apa kebenda tu Mi?

Begini, apabila kita mula membangunkan bisnes atau syarikat, pendiri bertanggungjawab membangunkannya hingga ia betul-betul berdiri dan mula berlari, baru diserahkan sebahagiannya kepada pasukan.

Usah diserahkan seluruh beban memulakan kepada tim. Bisnes itu berfasa-fasa. Setiap fasa bisnes pendiri ada peranannya. Bukannya baru ambil seorang pelaksana, ditinggalkannya terkontang-kanting. Perasan macam autopilot dah. Jauh lagi perjalanannya bai. Aku namakan fasa-fasa bisnes ni sebagai BISNES KAIS MENGAIS. Terang aku panjang lebar pada Leman.

“Uih! Kais lagi ka Mi?” Tanya Leman kehairanan.

“Ya Leman. Macam ni, aku bahagikan fasa-fasa bisnes ibarat kita cari pendapatan harian ibarat kais pagi makan pagi ketika baru mula fasa pertama dipanggil KEWUJUDAN. Lepas tu kita cari pendapatan bulanan apabila kita tengah bertahan dalam fasa kedua. Ini dipanggil fasa SURVIVAL.

sebelum bisnes mula nampak benih-benihnya mahu tumbuh besar atau dipanggil fasa GROW dalam fasa ketiga. Seterusnya fasa BERKEMBANG pada fasa keempat dan akhirnya fasa matang atau MATURITY pada fasa kelima,

.

==================================

1. FASA PERTAMA aku ibaratkan “KAIS PAGI MAKAN PAGI” (Start up/Inception/Kewujudan)
+ Masa ni kita macam Superman dan Sotong.
+ Kita buat segala perkara dari keluarkan produk (jika produk sendiri) hinggalah servis lepas jualan.
+ Macam kau sekarang buat bisnes kek:
–> kaulah pergi barang-barang nak masak kek
–> kaulah masak kek
–> kaulah kena bancuh kek
–> kaulah kena masak
–> kaulah kena packing
–> kaulah dok post kat Fb, Insta dan Whatsapp buat marketing
–> kaulah yang ambil order sambil layan kerenah pelanggan nak itu ini
–> kaulah yang bungkus, kaulah pergi hantar atau pos. 
–> kaulah Whatsapp balik tanya sampai ke tak. Ok ke tak?
–> kaulah jugak yang pergi bank in duit masuk bank
–> kau, kau, kau dan kaw-kaw!
.

“Betul Mi, memang semua aku buat termasuk buat-buat lupa pakai duit bisnes.” Balas Leman

“Buat-buat lupa pakai duit bisnes tu tak lawak okay! Patutlah bisnes kau melingkup! 5 tahun kau buat penat. Tangguh hutang buat hutang” Jawab aku geram.

“Ok, ok Mi. Aku insof tak buat lagi.” Leman jawab dengan malu alah.

“Leman, aku rasa baik aku taip jer dalam Whatsapp. Nanti kau tak nampak pulak aku nak cakap ni.” Pinta aku

“Bagus jugak tu Mi. Senang aku nak refer nanti.” Balas leman dengan gembiranya.

Lalu aku karang Whatsapp ni:

Tak mengapa kita buat semua buat permulaan tapi masa fasa ni kau kena lebih :
+ mula bina SOP. Bahagi kepada dua- Buat Duit & Urus Duit. Senarai semua dibawah dua bahagian tu (contoh):
1. SOP Buat Duit
+ SOP Operasi Pengeluaran- beli barang kek, bancuh kek, masak kek
+ SOP Pembungkusan & Penyimpanan Stok- bungkus kek & simpan kek 
+ SOP Jualan (termasuk layanan pelanggan)- jual kek, servis pelanggan kek, follow up pelanggan
+ SOP Pemasaran- online/offline

2. Urus Duit
+ Kewangan – cash flow, P&L, balance sheet
+ Manusia – staff
+ Tabir – dokumen terlibat

+ Ambil staff seorang dua suppport bahagian berulang terutama bahagian buat duit. Bahagian urus duit kita handle sementara ni. 
+ Fasa ini adalah fasa mendekatkan diri dengan PELANGGAN. Segala ‘peralatan’ branding dan marketing hatta ayat penulisan dan kata-kata adalah yang sangat lokal dan dekat dihati pelanggan. Pelangan, pelanggan, pelanggan.
+ Fasa ini adalah fasa validation produk dan feedback pelanggan. Pelanggan lagi!
+ Fasa memahami jantina pelanggan. Lagi-lagi pelanggan!
+ Fasa membawa sebanyak mungkin wang ke dalam syarikat.
+ Fasa kawal wang keluar.
+ Buku rekod jualan dan buku tunai sangat penting dan kritikal untuk fasa seterusnya. Ikat perut juga berdasarkan segala rekod ini.
+ Fasa ikat perut
+ Fasa mengutip data pelanggan.
+ Fasa menggali fikiran dan hati pelanggan.
+ Fasa menggali ilmu berkaitan untuk persediaan ke fasa seterusnya.
+ Fasa menggunakan segala mak nenek sumber yang ada terutama diri sendiri.
+ Fasa mencari tim genius untuk fasa seterusnya
+ Fasa set dan tajamkan Visi dan Misi untuk fasa seterusnya.
+ Fasa set validate Big Why dan memperkuatkannya lagi.
.

“Mak Datok! banyaknya!” Balas Leman.

Itu baru fasa pertama bai. Jap aku bagi fasa seterusnya. Apa-apa kau tanya aku. Aku ada kerja sikit ni.” Jawab aku.

“Ok beb. Tq tq!” Balas Leman ringkas.

Aku taip lagi,

2. FASA KEDUA aku ibaratkan ‘KAIS BULAN MAKAN BULAN’ (Survival)
+ Masa ni kita berfungsi sebagai pengurus. Urus staf buat duit dan urus duit dan kita juga buat duit. 
+ Staff ganti kita buat kerja berulang bawa duit masuk dan ada sedikit buat urus duit.
+ Pendapatan boleh tampung staff hingga 5-10 orang dan kos pelbagai (bergantung kepada jenis bisnes).

3. FASA KETIGA pula aku ibaratkan macam ‘KAIS SETAHUN MAKAN SETAHUN’ (Grow)
+ Kita bertindak sebagai ahli strategis bisnes-
+ Banyak kerja kerja pelaksanaan dan kuasa kita sudah diturunkan kepada ketua pelaksana (CXO).
+ Pendapatan boleh tampung staff hingga 10-30 orang dan kos pelbagai (bergantung kepada jenis bisnes).

4. FASA KEEMPAT pula ibarat ‘KAIS SETAHUN MAKAN BERTAHUN’ (Expansion)
+ Kita bertindak sebagai pemimpin bervisi lebih jauh.
+ Kita banyak fokus kepada pembangunan organisasi sebagai sebuah institusi. Ada banyak syarikat.
+ Pendapatan syarikat sudah ditahap dapat melabur ke dalam bisnes atau syarikat lain.

.

5. FASA KELIMA ibarat ‘MAKAN SAHAJA TAK PERLU KAIS’ (Maturity)
+ Kita jadi sudah menjadi pelabur.
+ Kita fokus kepada duit beranakkan duit.
+ Pendapatan syarikat sudah nampak jelas pertumbuhan kenaikan keuntungan yang konsisten. Jika turun sekalipun sudah sedia dengan strategi baru dan segar mahu teruskan atau keluar (exit).

=================================
.
Buat masa ni kau fokus fasa pertama dan dan fasa kedua dahulu. Fasa seterusnya tu kau ambik tahu jer. Sekurang-kurangnya kau tahu perjalanan jauh bisnes kau ke mana.

.

“Oh, baru aku faham. Jauh lagi perjalanan aku ni rupanya. Patutlah kau kata kena simpan untung nak pergi fasa ke fasa mesti cukup modal dan segalanya. Allahuakbar. Baru aku nampak. Terima kasih Mi!” Jawab Leman gembira.

“Sama-sama Leman. Mudah-mudahan ia membantu. Aku nak drive dah ni.” Jawab aku.

“Baiklah Mi. Aku bagitahu bini aku jap lagi”. Balas Leman.

“Orait Leman roger”

.#Mindset

>