Rosmi Zamzuri

Setiap Saat Bermanfaat

MINDSET

NAK KAIS SAMPAI BILA?

Leman (bukan nama sebenar), sahabat lama datang dari KL ke Pekan ni jumpa aku terus bertanya, 
.
“Rosmi macam mana kau buat bisnes. Aku tengok kau ok jer. Aku dah 5 tahun buat bisnes. Makin lama makin teruk.

“Habis duit simpanan aku, simpanan orang rumah (baca bini) aku, simpanan anak-anak aku. Siap simpanan Mak Ayah aku pun terbabit sama.” Leman muntahkan serabut kepala dia kat aku. 
.

Ok apanya. Aku pun tunggang terbalik jugak bai. Jawab aku ringkas.
.

Leman masih tak puas hati dengan jawapan menyedapkan hati yang aku beri. Dia terus merungut. “Dulu aku kerja elok-elok berhenti konon nak buat bisnes nak kebebasan masa dan kebebasan wang.

“Akhirnya, dulu aku kerja 8 jam sehari. Sekarang 25 jam sehari. Dulu ada duit lebih. Sekarang hutang tertunggaknya yang lebih. Hutang baru dok mari.”
.

“Dulu aku dok bagi duit kat orang rumah aku. Sekarang aku dok pinjam duit dia. Sampai dia pun menyampah dah dengan aku. Berapa kali dah mintak cerai. Duit tak cukup memanjang.”
.

Allahu. Bertenang Leman. Kenapa sampai macam tu sekali bai? Aku tenangkan Leman.
.

“Itulah aku pun tak tahu nak buat macam mana. Buntu. Nak stop bisnes malu sebab aku dah gebang besar aku buat bisnes. Ego punya pasal aku nak kena hadap jugak.

“Bertahun-tahun hutang aku makin menimbun. Yang tertunggak tak lepas-lepas lagi. Aku tak tahu nak hadap macam mana lagi dah”

“Macam mana orang lain buat bisnes boleh maju? Aku buat bisnes lingkupnya yang laju. Apa rahsianya? Sifu mana dia belajar? Dia anak orang kaya ke?” Getus Leman
.

Aku tarik nafas. Diam kejap. Leman tertunggu-tunggu respon aku. Leman, dengar apa aku nak cakap. Sebenarnya bisnes ni tak ada rahsia-rahsianya. Tak ada anak orang kayanya.

Aku dan orang lain pun mula-mula silap juga. Tapi dia belajar. Belajar BUAT BISNES BERSTRATEGI.

.
Hadoi! Strategi? Dengar pernah, tapi apa kebendanya strategi tu? Aku nak cari pendapatan. Apahal nak kena berstrategi bagai ni? Leman bersuara lepaskan lagi serabut kepala dia kat aku. Aku diam lagi. Leman tunggu lagi respon aku.
.

Aku teruskan lagi, “Pernah dengar Plan Bisnes? BMC? Roadmap? Fasa-fasa bisnes? Pernah buat visi, misi syarikat atau bisnes?”
.

“Alah! Aku tahu semua tu, Aku pun pernah kerja korporat dulu. Aku bukan nak buat syarikat korporat bagai. Keparat adala.” Leman mendengus stress.
.

Itulah kau. Orang nak perbetul kepala otak kau, kau cakap keparat la, apa la. Buatlah bisnes sampai sesat barat, keparat dan melaratlah kau sampai bila-bila.

Rileks! Cer dengar apa aku nak cakap. Kita tengok satu per satu. Dengarlah dulu apa aku nak cakap. Diam sat na. Tegas aku.
.

“Ok, ok.” Patuh Leman.
.

Buat bisnes biarlah berstrategi. Bisnes yang tak berstrategi itu bukan buat bisnes. Kita buat penat. Buat stress. Buat sakit hati. Bila bisnes tak ada strategi, kita main belasah aja.

Sedar tak sedar rupa-rupanya kita buat bisnes kais pagi makan pagi, kais petang makan petang dan lebih sadis malam pun nak kena kais tak cukup makan. NAK KAIS SAMPAI BILA? Sampai umur berapa? Tanya aku.
.

“Betulah Mi.” Leman mula cool down.
.

Perkara pertama yang kau kena buat, sebelum faham strategi dan segala mak nenek selok-belok bisnes, perbetul otak kau dulu. Mindset kata orang putih.

Lepas tu kau kena tahu mana kau nak bawak bisnes kau tu dan akhirnya macam mana kau nak keluar dari bisnes tu. Lepas tu baru kita tengok detailnya.
.

“Ooo.” Leman bersuara. Mulutnya bulat sebut huruf O panjang.

.

“Apa mindset yang sepatutnya aku set dalam kepala aku?” Leman bertanya nak tahu.
.

Kau pernah baca buku Robert Kiyosaki? Tanya aku.
.

“Pernah. Banyak buku dia aku ada. Tapi biasalah. Lepas baca dua tiga muka aku tidur. Bukan macam kau. Ulat buku. Nak guna jauh sekalilah. Aku beli pun sebab kau yang suggest.” Jawab Leman.
.

Balik ni kau baca buku dia tajuk 4 Quadrant. Sekarang ni versi bahasa melayu pun ada dah. Kau boleh beli online jer. Meh aku cerita sikit 4 Quadrant Versi Rosmi.”
.

“Amboi kau. Siap ada versi sendiri.” Usik Leman.
.
Buat apa aku cerita versi dia. Kau pun boleh baca sendiri kan?.

Ok, Aku namakannya “4 FASA KULI.”

Aku lihat kuadran ini sebagai jenis-jenis ‘kuli’ EBSI.

===========================
Apa itu EBSI?
E- Employee (Bekerja dengan orang)
B- Big Business (Membangunkan bisnes/syarikat dengan berpartner)
S- Small Business (Menjalankan bisnes sendiri)
I- Investor (Pelabur)
.

Yang ini bagaimana yang aku maksudkan ‘kuli’ itu:

1. Employee (Pekerja)
—> BERKULI dengan orang.

Kita bekerja dengan orang. Orang bayar gaji kita. Kita cuma buat sebahagian kecil dari bisnes atau syarikat orang.

Ini cara belajar juga jika mahu mula berbisnes. Berkuli dengan orang supaya kita dapat belajar bagaimana menjalankan bisnes atau ertikata lain kita buka bisnes sendiri (B & S).

Macam kita dulu kerja sebelum buat bisnes.

.

2. Small Business Owner (Pemilik Bisnes Kecil)
(juga disebut Self Employed atau Solo)
—> Mengkulikan DIRI SENDIRI.

Kita start bisnes. Biasanya di Malaysia ni kita daftar Enterprise dan buat bisnes. Kita jalankan bisnes seorang diri atau dengan pasangan.

Enterprise bukan syarikat. Ia cuma pendaftaran berniaga atas nama individu. Jika individu itu mati maka matilah bisnes itu. Tak boleh dipindah milik. Lepas mati tak renew di SSM Enterprise mati dengan sendirinya.

Ni macam kau sekaranglah. 
“Oooo.” Leman membulatkan muncung mulutnya lagi.

.

3. Big Business Owner (Pemilik Bisnes Besar)
—> Mengkulikan ORANG PALING BIJAK.
—> Supaya orang paling bijak itu boleh ‘mengkulikan’ SISTEM YANG BAIK.
—> ‘Mengkulikan’ DIRI BERNETWORKING.

Ini sepatutnya real berbisnes. Selepas berkuli dengan orang dan mengkulikan diri sendiri (E & S) kita melangkah ke sini.

Ni yang aku tengah buat sekarang.
.

4. Investor (Pelabur)
—> ‘MENGKULIKAN’ WANG

Ini tahap tertinggi dalam bisnes. Kita ada wang dari berbisnes (samada B atau S) kita labur dalam bisnes orang lain. Kita dok dengar orang main saham tu maksudnya mereka labur duit dalam bisnes oranglah tu.

Syarikat yang disenaraikan di bursa saham akan buka kepada umum untuk membeli saham syarikat dan syarikat gunakan duit mereka untuk jana keuntungan.

Tahap ini biasanya bisnes memang jana untung. Orang yang beli saham masa saham harga rendah jual balik masa harga tinggi. Ni kena masuk kelas sahamlah.

Ni game lain sikit. Aku adalah sikit-sikit. Aku labur dalam bisnes terbaru aku. Bisnes farmasi. 
.

Sepatutnya sebelum kita mula bisnes kena faham ini dahulu. Baru lah kita ada tujuan berbisnes.

Biasanya ramai orang bermula dengan berkuli dengan orang (E).

Ada yang bermula dengan mengkulikan diri sendiri (S) sebelum mengkulikan orang dan duit (B & I).

Perkara inilah kena ada dalam kepala sebagai mindset. Barulah kita tak sesuka hati perabis untung bisnes atau syarikat.
.

Leman mendengar dengan tekun. Tak semena-mena dia senyum. Ada cahaya di mata Leman.
.
“Weh! Bestlah beb! Kau baru cerita bab Mindset. Belum fasa bisnes lagi. Strategi lagi. Ceritalah lagi! ” Desak Leman yang mula teruja macam budak kecik nak mainan.
.

Weh dah nak dekat pukul 12 tengahari dah ni. Aku nak bersiap wangi-wangi pergi masjid. Solat Jumaat. Aku ingatkan Leman.
.

“Aku dah nak balik KL. Tak tahu lagi bila nak ke sini. Ini pun sebab ada hal bisnes.” Luah Leman kecewa.
.

“Kau tak buat kelas dah ke Mi?” Tanya Leman.

Mana aku sempat buat kelas beb. Aku buat bisnes bukan trainer. Kau masuk aja group aku dalam FB. Kau kan rajin main FB. .
.

Aku baru buka group namanya Small to Big, Grow atau SBG. Ringkasnya SBG itu platform usahawan grow bisnes kecil dengan staff maksima 5 orang.
.

Belajar bagaimana mahu grow bisnes sedia ada. SBG=GROW. Bukan cerita lain.

Kau nak daftar Whatsapp nombor 0194729766 (http://growbisneskecil.wasap.my/). Nanti team aku bagitahu macam mana nak masuk. .

Di sana aku cerita satu per satu. Dari strategi masuk bisnes, survive, grow dan macam mana nak keluar. Tak payah pergi kelas dah. Masuk aja group belajar di mana-mana pun boleh.
.

“Yess! Tq Mi!” Aku Whatsapp team kau lepas solat nanti.

Dah. Jom balik gi solat. Leman dan aku beredar. Dari riak muka Leman kelihatan kusut kepala Leman dah reda sikit. Alhamdulillah.

.

  • >