Rosmi Zamzuri

Setiap Saat Bermanfaat

ORANG TUA POWER

Kisah ini adalah kisah seorang tua yang saya temui di pasar tani ketika saya mula berniaga.

Image may contain: 3 people, people standing, crowd, outdoor and food

Cerita yang nampak di mata

Pakcik itu sudah tua berumur lebih 60 tahun. Dia menjual susu kultur di pasar malam. Membawa kereta usang dan nampak tidak berdaya mengangkat kotak-kotak berisi susu kultur yang hendak di jualnya.

Kasihan pula saya lihat. Kadangkala saya membantu memasang khemah berniaga pasar tani yang beratnya lebih 40kg.

Kami sama-sama berniaga di tapak sementara pasar tani samada pasar pagi atau pasar petang-malam. Sudah 3 bulan kami mengenali antara satu sama lain.

*

Cerita yang tak nampak di mata

Pakcik itu namanya En Halim. Memiliki kelulusan Master Degree dalam Teknologi Makanan (Food Tech). Merupakan tim teknikal yang memulakan bisnes dan penyelidikan roti yang terkenal di negara ini iaitu Gardenia. Mempunyai 7% share dalam Gardenia.

Pernah berkhidmat dengan syarikat gergasi Nestle di Switzerland dalam bahagian penyelidikan dan pembangunan (R&D)dan tinggal di sana selama 16 tahun. Ketiga-tiga anaknya juga lahir di sana dan sekarang menetap sana juga (penduduk tetap atau permanent resident)

Isterinya telah meninggal dunia beberapa tahun dahulu. Sebulan atau dua bulan sekali beliau ke Switzerland menemui anak-anaknya.

Semasa beliau bekerja dengan Nestle, beliau di naikkan pangkat dan di hantar ke di Switzerland untuk berkhidmat di sana selama 16 tahun kerana hasil kajiannya berkaitan susu kultur menggunakan kelapa sawit yang di gunakan di Malaysia dengan meluas.

*

Kata penutup perbualan kami selepas saya berbual dengan beliau di pasar tani :

En Halim : Kalaulah saya tahu berniaga di pasar tani begini jualannya saya tak tunggu umur 60 tahun baru mula berniaga. Rugi betul saya tak mula masa muda dahulu. Baru 3 bulan berniaga saya dapat simpan 2 kali ganda gaji saya semasa bekerja di Nestle sebagai Senior Researcher!

Saya: Syukur Alhamdulillah walaupun baru tahu En Halim dah mulakan!

En Halim: Bagus Rosmi! Teruskan berniaga di sini. Banyakkan tolong orang.

Saya: Terima kasih berkongsi cerita yang tinggi nilainya pada saya ini.

En Halim juga memberi kemudahan kepada beberapa anak-anak yatim untuk berniaga susu kulturnya itu di pasar tani di tempat lain pada hari yang sama.

Selepas habis berkemas beliau pergi mengambil mereka dan menghantar semula ke rumah anak-anak yatim dan semua hasil jualan di beri kepada anak-anak yatim tersebut.

Kata En Halim, inilah yang membuat saya terus kuat berjuang di pasar tani ini sebelum di jemputNya.

Subhanallah!

#thebrandstrategist

>